Saturday 29 September 2007

kita telah ditakdirkan untuk bersaksi, maka saksikanlah. saksikan apa?
AMMAR ROSLIZAR


Sunday 23 September 2007

di mana sinar??



mungkinkah aku menemui sinar di penghujung jalan ini????

luruskah jalan yang ku lalui ini???

aku hanya ingin mengikuti jalan mereka, yang telah berjaya....

Tuesday 11 September 2007

Perjalanan ini masih jauh... Masih banyak lagi yang perlu aku lalui dalam menempuh kehidupan ini...Semalam dan hari ini hanyalah secebis daripada keseluhruhan hidup ini. Namun, semalam dan hari ini juga yang mampu mencorak hari esok...

Hidupku masih muda andai diukur dalam masa perjalanan manusia. Andai diukur dalam masa manusia abad 21, usiaku hanyalah setahun jagung. Masih hijau dan mentah... Kata-kata dan buah fikir ku tiada nilai dan erti dalam dunia yang dikuasai oleh manusia dewasa...

Sedekad yang lalu, semasa aku masih lagi dalam dunia fantasi kanak-kanak ku, aku dapat rasakan bahawa dunia ini berputar di sekitarku... Dunia ini berputar dan aku salah satu kuasa yang memutarkan putaran dunia ini..

Namun, sejak aku melangkahi dunia remajaini, hidupku bagai tiada erti... Tiada erti pada pandangan manusia lainnya. Dunia masih lagi berputar. Dunia ini tetap berpusing. Namun putarannya itu jauh dariku...Tidak tergapai tangan ini.. Tiada kudrat ku mengencapinya...

Ah.............Terlalu panjang aku mengomel dan merungut tentang hidup ini. Mengapa??? Semalam , sejak minggu yang lalu... Aku mula memikirkan, andai aku terus menangisi perkara ini, aku tetap di sini.. Masa tidak akan berubah... Keadaan akan tetap sama...

Aku mula memikirkan, aku ingin mengingati, merasai dan meraikan hidup ini.. Biarlah andai semua manusia lain ingin melupakan aku, aku tidak perlu diingati, dikenang... Bukan itu tujuan hidupku.. Aku kini ingin mengingati hidup ini...

Aku masih mengingati kehidupan masa laluku... Masa silam aku.. Bagaimana aku mempelajari mengenal hidup ini... Masih segar dalam memori ini, masa-masaku di Sekolah Kebanggsaan Bandar Baru Bangi; Sek Keb Jenderam Hilir; Madrasah Al-Muhsinin; dan semua tempat-tempat yang pernah aku lalui dan jejaki...

Semua..... InsyALLAH aku akan mengingati...
Tidak aku peuli lagi apa yang akan terjadi, apa yang difikirkan oleh insan lain...

WAssalam...>>

Ramadhan kian hampir....
Mampukah aku melalui Ramadhan kali ini dengan lebih lalui dengan lebih sempurna??
Mampukah aku??

Saturday 8 September 2007

Perkenalan - Persahabatan ...


Salam... Gambar nie aku ambil dari page friendster sorunk kawan.. Ni masa kami pergi mukhayyam belia dekat Mersing tempoh hari. Masa merdeka. sedang belia lain sibuk menonton bunga api yang apa-apa ntah tue. Membazir jer.
Kami di mersing belajar erti hidup, mengenali bagi meneruskan perjuangan...

Dalam kumpulunan nie, mula-mula aku tak kenal sorunk pun..
Not a single person..
Gembira kenal orang baru nie..

perkenalan membawa kepada persahabatan...
uhkuwwah...

sahabat semua, aku mencintai kalian kerana-Nya...
moga perkenalan dan persahabatan ini berkekalan hendaknya...

Monday 3 September 2007

lebih baik aku tak tahu...

masa terus berlalu...masa yang ku miliki kian singkat dan pemdek..
sempatkah aku??? mampukah aku selesaikan segala tanggungjawab ini tepat pada masanya???
dalam aku berfikir, semalam aku berbual dengan beberapa ikhwah...
aku sampaikan persoalan ini;
"mengetahui sesuatu yang tiada kaitan dengan kita, sesuatu yang tidak membuahkan amal dan sesuatu yang bukan milik kita, hanyalah menyesakkan fikiran dan membuntukan akal yang cergas serta membantutkan amal yang perlu dilakukan"

lama kami terdiam... masing-masing memikirkan apa yang perlu diucapkan... dan seorang ikhwah menyatakan;
"sesuatu ilmu itu perlu diketahui kerana untuk amal, ilmu adalah perlu namun sesuatu yang sirr itu kalau boleh janganlah diketahui kerana ia akan menghambat kita...."

setelah mendengar kata-kata itu, hatiku tertawa sendirian, aku sebegitu kepingin tahu rahsia tiap individu, sesuatu perkara yang secara total tiada kaitan dengan diriku... dan perkara inilah yang menghambatku...

rahsia, akan aku tinggalkan dikau jauh dibelakang...
jangan kau ikutku lagi menjadi bayang hitam....

Sunday 2 September 2007

pencarian ku...

mari kita bersama-sama menjalani kehidupan ini mencari sinar abadi...