Thursday 25 December 2008

Dari Glasgow Ke Manchester...

Menongkah perjalanan, dari Glasgow ke Manchester.
Dari bandar kebandar...

Berakhir PMS 2008,
Bermula perjalanan...

1001 kisah,
serta penceritaan...

Tinggalkan sebentar kisah PMS..
Aku ingin ceritakan kisah ini...

Dari Glasgow ke Manchester,
Aku menaiki bas, perjalanan memakan masa lebih 5 jam..
Biasala, bila dah lama sgt naik bas tu, terlelap la sebentar..

Dalam tidur ku,
Aku melawat rumah,
mimpiku igauan,
'the worst nightmare'...

bukan tak perincikan mimpi tu,
cukup sekadar, suatu yang buruk berlaku di rumah...
mimpi itu tak berakhir di sana..
saat mata tertutup di rumah Akh Rashdan di Manchester,
mimpi itu bertandang semula...
Terjaga aku saat lain terlelap di buai mimpi..

Setelah beristghfar,
aku menaip msg kpd bondadan ayah di rumah..
harap, menanti balasan yang indah dan baik hendaknya..

mimpi itu terasa betul..'real' sekali..
masih terngiang tangisan Adik Tasya (adikku yang bongsu)...

Alhamdulillah, tepat jam 4:34 am 25/12/08 waktu Manchester, aku menerima teks balasan dari ayah..
Menyusul teks dari bonda jam 12:34pm...

Syukur akuke hadratNya,
keluarga dirumah selamat dansihat...

-Moga Bermanfaat-
-Coretan hati, lembaran kasih-

Tuesday 16 December 2008

When A Stranger Talk About Life ( I ).

Its almost 1 am on Wednesday morning...
I cant sleep neither can i concentrate studying...

In the middle of the morning mist, Im thinking about life...
Have u ever talk to a stranger, and the topic was life?
Or, have u ever talk with yourself, and find out he/she is totally a stranger??
Weird it may sound, but go and try it yourself...

Life?
Lately, there are voice in me, who always talk about life..
And, strange, its not me...

Share those what he said? Yes, here I am..
When a stranger talk to u about life, it makes u pause and thinking...

Life is full of twist (if u get what i meant..),
Its unecpected...

"Life is not what u want,
Or what u asked..
Neither not about what u get...

Life is about what u have,
what u granted for;
love it, used it and make full of it...

U always not getting what u asked for,
but for sure,
u get what u need the most.."

A teacher told me once, "the only constant thing in life, is CHANGES..."
And, realise it...
U cant change the way it is...
Neither u can change how it work...
Its either U change urself or adapting to it..

A friend said this, repeatitively,
"Yesterday was HISTORY,
Tomorrow are MYSTERY,
but TODAY is a GIFT; thats why it call PRESENT..."

U cant expect what u have tomorrow, what await u...

Life is not about yourself,
Or about OTHERS...
But I believe that life is about LIVING TOGETHER...

I might be a totally stranger to you,
But do take a time,
Think about this...

When A Stranger Talk About Life,
Its always (most of the time), about them..
But; belive me, no matter how,
Our life always intersecting..


So, it not strange when a stranger can teach u a lesson about life..

Sunday 14 December 2008

Tulisan Buat Teman.

Semalam, aku menjemput dirimu datang ke rumah...
Niatmu, bersama untuk menjawab soalan kuiz..
Sambil itu, aku ingin kau bersama mendengar sebuah pengisian...
Agar kau jua memahami apa yang telah lama aku ingin kau tahu...

Maaf teman,
Kerna selama ini aku tidak memberitahu,
Apa yang aku tahu...
Apa yang ingin aku kongsi denganmu...

Maaf jua teman,
kerna seolah sengaja menjemputmu pada waktu sama dengan pengisian itu..
Niat ku satu, agar kau turut sama dalam perjuangan ini..

Teman, keindahan perjalanan ini tak dapat aku gambarkan..
kemanisan jalan ini tak mampu aku ceritakan..

Namun, jua tidak aku nafikan, betapa perjalanan ini sukar..

Tapi, bukankah kesusahan itu asam garam kehidupan pabila kita ingin sesuatu yang berharga kemudian hari???

TEMAN,
maaf andai selama ini kau tidak pernah melihat aku seperti semalam,
andai selama ini aku seperti menyembunyikan apa yang aku ketahui selama ini..
andai selama ini aku seolah berpura denganmu...

Teman,
perkenalan kita sudah terlalu lama,
Sejak usia masih muda, menjalani kehidupan remaja..
Jangan kau salahkan masa itu, kerna aku masih mencari siapa aku..
Jangan juga kau salahkan aku saat aku mula menjejaki ke alam dewasa, kerna aku baru menemui keindahan ini,
Jangan jua kau salahkan saat baru ku tiba di sini, kerna aku mengalami kejutan budaya...

Andai dapat ku ulang saat dan masa,
Akan ku ulang dari pertama masa ku temui mutiara,
Dan akan aku berlari ke arah dirimu, agar kau menjadi manusia pertama ku beritahu,
Tapi itu tidak mungkin berlaku!!
Kerna masa tiada dapat diputar kembali..

Oleh itu, wahai teman,
Aku minta peluang sekali lagi,
Padamkan semalam, saat aku jahil dan lalai,
Marilah bersama, mendengar dengan terbuka...

Teman, ketahuilah, aku lakukan ini kerna hanya satu,
Sayang ini hanyalah kerana ALLAH...
Mari teman, kita bebaskan diri!!!

Thursday 11 December 2008

KEHIDUPAN DAN AKU.





KEHIDUPAN DAN AKU.


Tanpa cinta, musnah segala rasa.
Tanpa rindu, hilang lagu sendu.
Tanpa kasih, hitam warna murni putih.

Tanpa sayang, putus melayang lelayang.


Ada benci, hancur diri.
Ada dendam, masa depan kan terpadam.
Ada iri, takkan maju ke depan lagi.



Bukan aku rayu bantu simpati,
Hanya ku pinta;
Setia, Seia Bersama.


Tidak ku mampu melangkah sendiri,
Kerna ku pasti kau jua begini,
Masih panjang acara perjuangan,
Penuh liku onak berlingkar,

Takut tersungkur tak berdiri lagi.


Perjuangan ini bukan diriku,
Bukan jua hanya kamu,
Ia milik bersama,

Kerna perjuangan kerna NUSA!!





(Telah lama ku simpan tulisan ini.. Sejak dari penghujung tahun pertama di KMB..
Moga bermakna..)





Monday 8 December 2008

Kembara Eidul Adha

Salam Semua..Salam Dunia..

Selamat Menyambut 'Eidul Adha buat semua..

Bangkit aku subuh tadi dalam kepenatan.. Terperanjat pon ada bile Gembo cakap dah jam 640 pg.
Hari Raya kedua aku di sini..(betol apa, first raya puasa la..)

Jujurnya, tiada rasa nak beraya sangat hari nie.. Sebab semalam dah buat makan-makan di rumah.. AKu masak roti jala..Nanti aku tulis sesuatu berkenaan itu..
Post ni nak cerita raya ku di sini..

Hukhuk...
Tak dapat nak solat raya dan berkunjung ke open house... Kelas hari ni dari jam 9 pagi berterusan sampai jam 1 ptg.. Berhenti solat, makan tengahari, aku berlari solat asar dan ke kelas bahasa..
Dan sekarang, aku di sini.. Menulis blog ni dari lecture theatre sementara menanti kelas Pharmaco lagi 35mins...

Berkorban.. Itu yang aku rasa hari ini.. Berkorban..
Memang terasa kehilangan tak dapat solat sunat raya.. Tapi itulah perngorbanan yang terpaksa aku lakukan.. Selain berkorban tak ke Malaysian Hall dan Open Hse Haji Fauzi utk menjamu makanan tradisi Melayu..

Jadi, dalam berat, dalam penat (marathon kelas) dan dalam syukur, aku bisik dalam diri.. Aku telah dapat merasai raya ini..
Bukankah namanya Hari Raya Qurban..
Itulah yang aku korbankan..

Mengapa?
Aku korbankan semua itu untuk kejayaan hari mendatang...
Semoga hari depan lebih baik, dan moga kejayaan itu dapat aku jadikan alat menyebar kebenaran...

Salam..

Saturday 6 December 2008

Menangis lagi aku...

Aku masih mengembara.. Lewat minggu lalu (semalam dan kelmarin), aku kembali ke lapangan yang pernah aku jejaki di tanah sejuk ini...
Aku kembali atas desakan nurani ini, katanya ada sesuatu di sana, yang menanti aku..
Yang dapat memberi dan membantu aku mencari jawapan dalam pengembaraan ini mencari sinar..

Setibanya aku di sana, tiada apa yang aku temui.. Aku tabahkan hati, betulkan niat dan memohon padaNya agar perjalanan yang aku lakukan tiada sia sia..
Aku rebahkan diri dengan redha atas ketetapan Ilahi selepas memenangi Mecca to Medina..
Satu lagi bentuk kembaraku di malam itu..

Aku bermimpi.. Namun, biarlah aku ceritakan kembara mimpi ku dalam catatan yang lain..

Aku menangis... Siang esoknya.. Mengapa???
Aku menangis atas pengisian yang aku terima.. Tajuknya sama..Acapkali aku dengar..
Malah, suatu masa dulu, aku adalah penyampai dan pemberi pengisian itu..
Malah, dulu aku penganjur program sebegitu..

Aku menangis..Laju jatuh air mataku..Namun tiada tertumpah di bibir mata, ia meluru ke dalam hati.. Banjir seketika..Sebak sementara..Luruh jiwa,terkedu dan terkesima sewaktu.

Mengapa? Bukan aku tangisi perjalanan ke situ, apatah lagi menyesali..
Aku menangis kerana nurani ini ingin sekali kembali..
Aku menangis kerana aku acapkali diberi kesempatan Ilahi..sering aku lalai dan terleka, namun Dia masih kasih padaku..sering menulis namaku ke majlis sebegitu..
Terlintas dan berfikir aku seketika, masih adakah peluang lagi untuk ku esok?

Aku berazam saat itu, aku tak akan lagi mensiasiakan peluang ini.. Kerna aku khuatir, tiada lagi peluang selepas ini..

Terbangkit aku dari tidur..
Terjaga aku dari lamunan..

-Kembara Jiwa-
-Tallaght Mosque-