Saturday 6 December 2008

Menangis lagi aku...

Aku masih mengembara.. Lewat minggu lalu (semalam dan kelmarin), aku kembali ke lapangan yang pernah aku jejaki di tanah sejuk ini...
Aku kembali atas desakan nurani ini, katanya ada sesuatu di sana, yang menanti aku..
Yang dapat memberi dan membantu aku mencari jawapan dalam pengembaraan ini mencari sinar..

Setibanya aku di sana, tiada apa yang aku temui.. Aku tabahkan hati, betulkan niat dan memohon padaNya agar perjalanan yang aku lakukan tiada sia sia..
Aku rebahkan diri dengan redha atas ketetapan Ilahi selepas memenangi Mecca to Medina..
Satu lagi bentuk kembaraku di malam itu..

Aku bermimpi.. Namun, biarlah aku ceritakan kembara mimpi ku dalam catatan yang lain..

Aku menangis... Siang esoknya.. Mengapa???
Aku menangis atas pengisian yang aku terima.. Tajuknya sama..Acapkali aku dengar..
Malah, suatu masa dulu, aku adalah penyampai dan pemberi pengisian itu..
Malah, dulu aku penganjur program sebegitu..

Aku menangis..Laju jatuh air mataku..Namun tiada tertumpah di bibir mata, ia meluru ke dalam hati.. Banjir seketika..Sebak sementara..Luruh jiwa,terkedu dan terkesima sewaktu.

Mengapa? Bukan aku tangisi perjalanan ke situ, apatah lagi menyesali..
Aku menangis kerana nurani ini ingin sekali kembali..
Aku menangis kerana aku acapkali diberi kesempatan Ilahi..sering aku lalai dan terleka, namun Dia masih kasih padaku..sering menulis namaku ke majlis sebegitu..
Terlintas dan berfikir aku seketika, masih adakah peluang lagi untuk ku esok?

Aku berazam saat itu, aku tak akan lagi mensiasiakan peluang ini.. Kerna aku khuatir, tiada lagi peluang selepas ini..

Terbangkit aku dari tidur..
Terjaga aku dari lamunan..

-Kembara Jiwa-
-Tallaght Mosque-

No comments: