Monday 3 September 2007

lebih baik aku tak tahu...

masa terus berlalu...masa yang ku miliki kian singkat dan pemdek..
sempatkah aku??? mampukah aku selesaikan segala tanggungjawab ini tepat pada masanya???
dalam aku berfikir, semalam aku berbual dengan beberapa ikhwah...
aku sampaikan persoalan ini;
"mengetahui sesuatu yang tiada kaitan dengan kita, sesuatu yang tidak membuahkan amal dan sesuatu yang bukan milik kita, hanyalah menyesakkan fikiran dan membuntukan akal yang cergas serta membantutkan amal yang perlu dilakukan"

lama kami terdiam... masing-masing memikirkan apa yang perlu diucapkan... dan seorang ikhwah menyatakan;
"sesuatu ilmu itu perlu diketahui kerana untuk amal, ilmu adalah perlu namun sesuatu yang sirr itu kalau boleh janganlah diketahui kerana ia akan menghambat kita...."

setelah mendengar kata-kata itu, hatiku tertawa sendirian, aku sebegitu kepingin tahu rahsia tiap individu, sesuatu perkara yang secara total tiada kaitan dengan diriku... dan perkara inilah yang menghambatku...

rahsia, akan aku tinggalkan dikau jauh dibelakang...
jangan kau ikutku lagi menjadi bayang hitam....

1 comment:

Waheida said...

why regret? certain things in fact everything are not reversible..if reversed pon, it is never the same. certain things cant be changed..bear with it...and die with it.