Monday 23 February 2009

Di Mana Aku??

Lama sudah aku tak menulis di sini..
Tiada isi, tiada kata, walaupun banyak cerita dan peristiwa aku lalui..

Normal agaknya, dalam mengembara kadang kita tersesat..
Atau terleka dan terlupa ke mana arah tuju nya..
Atau juga, kadang kita sedar, bukan hanya satu cara menuju destinasi itu..

Tiada terkecuali aku..
Aku leka dengan perjalanan ini, namun aku tak lupa akan destinasi akhir itu..
Dan, aku jua sedar kini bukan hanya satu jalan menuju ke arah itu..

Maaf sahabat..
(masih boleh kah dipanggil itu?? bagi aku ia, masih..tak pasti pada kalian..),
Aku tak mampu terus berada dalam barisan ini..
Barisan kalian...
Aku masih ingin ke sana...
Tujuan kita sama..
Namun, jalan ini bukan untuk ku lagi..

Paham aku..
Sedar aku..
Andai kalian baca ini nanti, kalian akan marah, atau kecewa dgn aku..
Namun, telah aku katakan seawal tiba aku di sini dulu,
Jangan terlalu mengharap padaku..
Aku acapkali mengecewakan semua..Tanpa kecuali diri ku sendiri..
Maaf teman..
Teruskan perjuangan..Janga jadikan aku penghalang..
Sudah cukup aku melengahkan kalian...

Teruskan melangkah..
Kehadapan dan jangan berundur..
Biarkan aku, mungkin dapatku bantu dari serangan dari belakang..(lawak kan..)

Salam Perjuangan Buat Kalian..

3 comments:

almuhandisi said...

Assalamualaikum wrt wbt.

Ana bukanlah sesiapa.
jauh menjadi malaikat.
jauh juga menjadi qadhi.

Tapi entries dan gambar enta cukup membuatkan hati ana menangis.
ana tahan kerna tahu bukan mudah untuk berubah.
bukan mudah menghadapi dugaan dan cabaran,
sungguh. Syaiton sungguh kejam. Mahu kita menemaninya.

Tapi hari kedua ana jumpa blog nih.
kali ini ana x dpt tahan. Menangis ana.
Biarlah orang nak kata apapun. Tapi diri ana tahu kenapa ana menangis.

Masakan tidak sedih hati ana melihat seorang akh yang kelihatan seperti mahu berundur.
memilih jalan yang telah jauh kita tinggalkan.

Masakan boleh enta lupakan janji kita dahulu. Tika kita sama2 semangat mahu berjuang.

habis harta masa dan tenaga kita korbankan.

tidak cukup yang dekat, yang jauh kita kejar. Keluar mencari mad'u.

susah senang kita bersama. Kadangkala terguris dan tercalar. Itu lumrah. Itu mengajar apa itu ukhuwwah. Itu mengajar apa itu tarbiyyah.

Adakah tika saat ini tiba2 enta memilih untuk berpaling??

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Salam ukhuwwah dari soton.
=S

almuhandisi said...

'Andai kalian baca ini nanti, kalian akan marah, atau kecewa dgn aku..
Namun, telah aku katakan seawal tiba aku di sini dulu,
Jangan terlalu mengharap padaku..
Aku acapkali mengecewakan semua..Tanpa kecuali diri ku sendiri..'

Urusan ini bukan antara kita sahaja akhi. Bukan juga antara enta dan naqib. bukan antara enta dan ikhwah...

akhi,
urusan ini, antra enta dan Allah.
Adakah enta rasa enta cukup alasan untuk berdiri depan Allah nanti?

mungkin jalan ini susah. payah. penat. menakutkan.jauh dan panjnag.

tapi keluar bukanlah penyelesaiannya.

kobeda said...

assalamualaikum..

pedih hati ini.. ana jugak tahan seperti mana almuhandisi..

pengalaman dakwah dan ukhuwwah kita bersama, nampaknya telah dicalarkan oleh syaitan..

nampaknya, syaitan skali lagi mampu meenggugat iman dan jalan kita..

setelah kita jalani dan yakini jalan ini.. kita skali lagi menoleh ke belakang, jalan yg dah lama kita tinggalkan, jalan yg kita tahu pasti tidak akan membawa kita kepada Allah..

mungkin skali kita menoleh, merasa jijik jalan itu.. tapi syaitan bijak juga menggunakan peluang itu.. dirampas penglihatan dan juga pandangan hati kita, menyebabkan kita merasa nikmat akan jalan yg jijik dan kotor itu..

jgn kerana si naqib dan ikhwah lain, kita memilih utk memisahkan diri kita dari hidayah Allah.. jgn kerana salah org lain, kita mahu berenti solat.. samalah dakwah, jgn kerana manusia lain, kita terus melangkah keluar, kerana ini adalah hubungan kita dengan Allah, bukan dengan manusia..

sedih ana memikirkan.. mengingatkan semula kepada KAMA SUNDUS dan kelajuan yg kita miliki ketika itu.. penuh semangat.. bgaikan kuda.. ke sini dan ke sana, tidak pernah merungut susah, sakit, penat, letih dan semua itu, hingga ana yakin bhw syaitan sudah hampir berputus asa utk menarik kita..

tp apakan daya, syaitan mampu lagi..

satu ketika dahulu, kita pernah berkata, sungguh jijik dan busuk jalan itu.. bersumpah tidak akan keluar dr jalan ini.. tp mengapa akhi?? adakah kamu menemui jalan yang lebih baik dr ini?? adakah jalan lain yg mampu mebawa kamu kepada syurga Allah..

fikirlah semula akhi.. gunakan hatimu, aku yakin, hatimu masih mampu memberi jawapan yg benar..

maaflah jika bhs aku terlalu kasar.. tapi kuasa dan bahasa Allah adalah lebih kasar di neraka kelak..

wslm